Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Pilih pemimpin tepat, elak negara ditimpa malapetaka - Tun M

  • Published in Nasional

BANGI - Jangan tersilap memilih pemimpin sekiranya mahu negara maju ke hadapan.

Demikian tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, pemimpin yang tidak mampu untuk mentadbir akan membawa negara ke kancah malapetaka.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucap utama pada Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School, MFLS di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Bangi, Selangor.

Beliau mahu program untuk melahirkan pemimpin belia seperti MFLS yang dimulakan awal tahun ini diteruskan dan dipastikan kekal mapan.

Konvensyen yang julung kali diadakan itu menghimpukan seribu 600 alumni MFLS.