Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

PPM tahan dua kapal tunda beroperasi di luar kawasan ditetapkan

  • Published in Nasional

SABAH, 13 Mei - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya menahan dua buah kapal tunda yang melakukan aktiviti di luar kawasan ditetapkan Barat Laut Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, semalam.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Pajeri Ali berkata, kes pertama dikesan pada 9 pagi semasa PPM Kudat menjalankan penugasan Op Covid -19 menggunakan Botronda PSC 65 bersama lima anggota.

Pemeriksaan ke atas kapal tunda mendapati kapal yang dikemudi seorang lelaki berumur 40 tahun melakukan aktiviti di Pantai Barat, justeru tidak mengikut syarat tercatat di Lesen Perikanan iaitu Kawasan Operasi di Pantai Timur.

Kes kedua pula berlaku kira-kira 10.30 pagi di lokasi sama.

Pemeriksaan ke atas kapal tunda yang di bawa seorang lelaki berumur 36 tahun mendapati melakukan kesalahan sama dengan kapal pertama.

Jumlah rampasan dan kompaun bagi kedua-dua kes bernilai 3-ribu 300 ringgit.

Kedua-dua kapal tunda tersebut didakwa di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 (Melanggar Syarat lesen) dan kes diserahkan kepada Pegawai penyiasat Jabatan Perikanan Kudat.