Tuesday, July 14, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Kebakaran tokong, seorang lelaki ditemui rentung

  • Published in Berita Semasa

MANJUNG, 13 Mei - Seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran tokong di Jalan Baru Ayer Tawar, Manjung pagi tadi. 

Mangsa yang berusia 48 tahun itu ditemui di ruangan tengah tokong tersebut yang terbakar kira-kira pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi dalam satu kenyataan berkata, mangsa bekerja sebagai pengutip besi dan tinggal di tokong itu bersama adiknya.

Ketika kejadian mangsa dan adiknya, 47 tahun sedang tidur.

Bagaimanapun adiknya sempat menyelamatkan diri.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.