Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Pertemuan beberapa ahli Parlimen BN dengen DS Azmin: Nyatakan sokongan kepada PM

  • Published in Nasional

BANGI - Nyatakan sokonngan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

itu antara intipati pertemuan antara beberapa ahli parlimen Barisan Nasional dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohd. Azmin Ali di kediaman beliau di Putrajaya Isnin lalu.

Tun Dr Mahathir berkata beliau mendapat pengesahan itu setelah bertanya sendiri kepada Timbalan Presiden PKR itu berhubung pertemuan berkenaan.

Pertemuan itu katanya turut dihadiri beberapa pemimpin PKR, termasuklah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Tun Dr Mahathir memberiyahu demikian kepada media selepas memberikan ucaptama pada Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School MFLS di UKM Bangi.