Logo

1,368 PATI ditahan dalam operasi di Pasar Borong Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Seramai 1,368 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan, hasil operasi besar-besaran sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Operasi meliputi seluruh zon di kawasan Pusat Bandar Utara, yang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Melalui kenyataan media, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan, 7,551 warga asing telah diperiksa semalam.

Hasilnya, 1,368 PATI ditahan dan dibawa untuk proses dokumentasi di Kompleks Imigresen Jalan Duta.

Ia melibatkan 790 warga Myanmar, 421 warga Indonesia, 54 warga India, 6 warga Pakistan dan 78 warga Bangladesh.

Antara kesalahan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan memiliki dokumen pas atau permit palsu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.