Logo

Hari Jururawat: PM sifatkan jururawat sebagai wira dan wirawati negara

ARAU, 12 Mei - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengorbanan yang dilakukan jururawat ketika negara sedang berhadapan wabak COVID-19 adalah suatu tindakan yang sangat terpuji.

Menyifatkan jururawat sebagai wira dan wirawati negara, Tan Sri Muhyiddin dalam ucapan sempena Hari Jururawat Sedunia, menarik perhatian tidak ramai rakyat Malaysia yang memiliki kecekalan dan kesabaran seperti mereka untuk berhadapan dengan situasi kerja yang begitu mencabar dan berisiko tinggi.

Menerusi catatan dalam laman twitter dan facebook, Tan Sri Muhyiddin pada masa sama, merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada para jururawat di seluruh negara terhadap usaha keras mereka selama ini.

Disambut pada 12 Mei setiap tahun, Hari Jururawat Sedunia pada tahun ini bertemakan "A Voice to Lead : Nursing The World To Health".

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.