Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

LKIM sedia RM5 juta naik taraf kompleks perikanan

  • Published in Nasional

DUNGUN - Kemudahan di Kompleks Perikanan akan ditambah dan dinaiktaraf dengan peruntukan RM5 juta untuk tahun hadapan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata, antara Kompleks LKIM yang akan dinaik taraf adalah Kompleks LKIM Kuantan Pahang, Tok Bali Pasir Puteh, Pulau Kambing, Kuala Besut di Terengganu serta Kompleks LKIM Kuala Perlis.

Antara yang akan dinaik taraf adalah pembinaan lebih banyak jeti, mewujudkan kilang ais bergerak serta menyediakan kemudahan untuk membaiki bot yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan.

Tambahnya, kesemua 28 buah Kompleks LKIM di seluruh negara aktif dan mempunyai kemudahan yang serba lengkap, namun memerlukan peningkatan kemudahan.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Kilang Ais Bergerak dan Jeti Tambatan Bot Nelayan di Kuala Dungun dengan perbelanjaan sekitar RM700,000.