Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Johor tubuh Jawatankuasa Pemantau Pencemaran Sungai

  • Published in Nasional

ISKANDAR PUTERI - Jawatankuasa Pemantauan Dan Penyelesaian Pencemaran Sungai ditubuhkan kerajaan negeri Johor, bagi memulihkan semula sungai-sungai kritikal tercemar, seperti Sungai Skudai dan Sungai Tebrau.

Tiga stesen pemantauan kualiti air turut dipasang, masing-masing di Sungai Skudai, Sungai Ulu Sedili Besar dan Sungai Johor.

Bagi tujuan itu, peruntukan setengah juta ringgit setahun akan disalur kepada Badan Kawal Selia Air Johor.

Menurut Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, kerajaan negeri juga membeli dua bot pengutip sampah dengan kos tiga juta ringgit bagi pembersihan kedua-dua sungai.

Beliau membentangkan Belanjawan Johor 2020 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan 500 ribu ringgit kepada Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor untuk mengaplikasi Teknologi Mikrob J-Biotech Active bagi memelihara dan meningkatkan kualiti air sungai.