Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Melaka pastikan isu air tidak berulang

  • Published in Nasional

AYER KEROH - Rakyat Melaka tidak perlu risau dengan masalah air di negeri itu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata kerajaan negeri komited memperkasa plan-plan utama bagi memastikan isu air tidak berulang.

Jelasnya, penambahbaikan sistem-sistem sedia ada sedang dilakukan agar bekalan air mentah di negeri itu mencukupi.

Beliau ditemui selepas Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke 14 di Seri Negeri Ayer Keroh.

Ujarnya lagi, beberapa prosedur juga telah disediakan Badan Kawal Selia Air (BKSA) bagi menghadapi musim kemarau untuk bekalan air domestik dan industri.