Logo

Rakyat perlu sedia lakukan pengubahsuaian budaya hidup baharu berikutan COVID-19 - Sultan Perak

IPOH, 12 Mei - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar rakyat bersedia melakukan pengubahsuaian untuk menerima budaya kerja, sosial dan budaya hidup baharu susulan penularan wabak COVID-19.

Titah baginda, budaya kerja dalam usaha membendung penularan serta meminimumkan pendedahan terhadap virus bakal merubah tingkah laku dan norma sosial juga bakal melahirkan 'kebiasaan baharu'.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga DUN Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Sebagai menghargai jasa serta pengorbanan barisan hadapan dalam memerangi penularan COVID-19, Sultan Nazrin turut mengajak semua ADUN serta yang berada dalam dewan, berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda apresiasi kepada wira-wira negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.