Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Tiada kes penularan berlaku susulan jangkitan saluran pernafasan anggota APMM

  • Published in Nasional

PASIR MAS - Orang ramai dinasihati agar tidak bimbang susulan kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan, lapan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pasir Puteh dan 11 nelayan warga Vietnam, minggu lepas.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ini kerana perkara itu dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang kes penularan penyakit berlaku.

Kesemua pesakit hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Beliau di temui media selepas majlis perasmian Sambutan Hari Jantung dan Ambo Nok Sihat Sokmo Peringkat Negeri di Pasir Mas.

Media sebelum ini melaporkan lapan anggota Maritim Malaysia serta 11 nelayan warga Vietnam itu dikesan mengalami jangkitan saluran pernafasan selepas terbabit OPS Naga Barat dan OPS Damai pada 13 hingga 14 November lalu di sempadan perairan perikanan Pantai Timur Malaysia.

Hasil pemeriksaan klinikal di lakukan jabatan kesihatan mendapati pesakit terlibat mempunyai tanda jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak seawal sehari selepas pulang dari operasi iaitu pada 15 November lalu.