Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

KPDNHEP akan berbincang dengan pembekal kawalan harga perayaan Krismas

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) akan berhubung dengan pihak pembekal barangan runcit untuk membincangkan tentang kawalan harga menjelang perayaan Krismas tidak lama lagi.

Skim kawalan harga itu akan dikuatkuasakan seminggu sebelum dan selepas perayaan itu dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).

Menurut menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ianya bertujuan memberi jaminan kepada pengguna bahawa sepanjang tempoh itu para peniaga akan mematuhi had maksimum harga.

Selain itu, skim kawalan harga yang akan ditetapkan pada perayaan itu telah mengambil kira kepentingan semua pihak seperti peniaga, pengeluar dan agensi kerajaan sebagai badan pengawal selia.

Beliau berkata demikian di Kuala Lumpur.