Logo

Pengerusi Felda Baharu, Datuk Seri Idris Jusoh menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Felda dan Pengerusi Lembaga Pengarah berkenaan, berkuat-kuasa pada 1 Mei lalu.

Beliau mengambil alih tugas Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Menerusi satu kenyataan Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar menyebut pihak pengurusan mengalu-alukan pelantikan bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu.

Beliau juga yakin, pengalaman dan kepimpinan Datuk Seri Idris, usaha pemulihan Felda akan disegerakan.

Datuk Seri Idris juga adalah Ahli Parlimen kawasan Besut.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.