Logo

Ingkar PKP, 53 individu ditahan di Johor

JOHOR BAHRU, 4 Mei - Akibat gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor lagi 53 individu ditahan.

Penahanan itu menyaksikan angka keseluruhan mereka yang ditahan sejak 18 Mac lepas, mencecah 3,644 orang.

Manakala di seluruh negara setakat 2 Mei ialah seramai 23,680 orang ditahan.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 270 kanun keseksaan.

Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) juga Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.