Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Hapus sistem monopoli pengambilan pekerja Bangladesh

  • Published in Nasional

PETALING JAYA - Kebanjiran warga Bangladesh tanpa izin mampu dibendung, sekiranya sistem monopoli pengambilan pekerja dari negara itu dapat dihapuskan segera.

Menurut Pengerusi Persatuan Keselamatan Dalam Negeri Warga Asing Malaysia, Datuk Seri P.Thiagaraja hampir 70 peratus warga Bangladesh tidak pulang ke negera asal, berikutan beban hutang tinggi ketika masuk ke negara ini.

Monopoli berlaku apabila agensi tertentu menetapkan harga tinggi sehingga mencecah RM20,000 seorang, untuk membawa masuk pekerja Bangladesh.

Datuk Seri Thiagaraja menjelaskannya pada sidang media bagi membantah pelaksanaan semula Sistem Pengambilan Pekerja Asing (SPPA) untuk pengambilan tenaga kerja Bangladesh pada masa depan.

Sejak SPPA diperkenal pada 2017, hanya 10 agensi pekerjaan di negara itu dibenar mengurus pengambilan rakyat mereka ke negara ini.

Justeru, Persatuan Keselamatan Dalam Negeri Warga Asing Malaysia menggesa agar pengambilan tenaga kerja Bangladesh menggunakan sistem lebih telus dan terbuka.