Tuesday, July 14, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Jenazah Koperal Safwan selamat dikebumikan

  • Published in Nasional

IPOH, 4 Mei - Jenazah Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bakar Bata awal pagi tadi.

Allahyarham maut dalam nahas jalan raya ketika bertugas dalam sekatan jalan raya Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Lekas pagi semalam.

Jenazah yang sudah disembahyangkan di Hospital Serdang, tiba kira-kira 5.20 pagi di kampung halaman Allahyarham di Tanjung Rambutan, Ipoh.

Selain ahli keluarga, turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di tanah perkuburan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat.

Dalam kejadian 2.11 pagi semalam, Allahyarham Safwan dari IPD Kajang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala setelah dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Siasatan awal polis mendapati pemandu berusia 44 tahun itu, memandu dalam pengaruh alkohol sehingga hilang kawalan dan merempuh mangsa.