Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Angka jangkitan COVID-19 di Thailand meningkat lebih 2 ribu kes

  • Published in Berita Dunia

BANGKOK, 4 Mei - Thailand mengesahkan 3 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,969 kes.

Manakala jumlah kematian adalah 54 orang.

Sementara itu beberapa kawasan awam dan perniagaan di Bangkok, Thailand ditutup sementara berkuat kuasa pada Ahad sehingga akhir bulan ini di bawah peraturan darurat untuk mengekang penularan COVID-19.

Perkara itu diumum Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang sambil mengingatkan pentingnya menjaga jarak sosial.

Mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum 100,000 baht atau kedua-duanya sekali.

Tempat dan perniagaan yang masih ditutup sementara, termasuk pusat hiburan, pub, bar, kelab karaoke, rumah urut dan stadium tinju.