Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

IGP sedia disiasat IPCMC

  • Published in Nasional

JERANTUT - Ketua Polis Negara , Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak gentar dan sentiasa bersedia disiasat Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) jika wujud keraguan yang beliau terlibat dengan sebarang bentuk salah laku.

Demikian respon beliau terhadap kenyataan pihak tertentu, yang Ketua Polis Negara juga tidak terkecuali daripada disiasat suruhanjaya terbabit.

Tegas Tan Sri Abdul Hamid, selaku warganegara Malaysia, semua individu tertakluk kepada lunas undang-undang negara.

Beliau menyatakannya pada sidang media selepas menghadiri Hari Apresiasi Murid dan Graduasi SK Jerantut, Pahang.

Tan Sri Hamid yang juga bekas pelajar SK Jerantut antara tahun 1966 hingga 1970, nyata teruja dapat kembali ke sekolah itu, selepas hampir 50 tahun.