Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Guna foto PM berbaju biru, strategi terdesak BN pancing undi pada saat akhir di Tanjung Piai

  • Published in Nasional

PONTIAN, JOHOR - Penggunaan foto Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memakai baju biru, menjadi taktik terdesak pembangkang bagi memancing undi di Tanjung Piai, Sabtu ini.

Strategi penipuan kem pembangkang itu jelas cubaan saat akhir Barisan Nasional, BN bagi memperdaya pengundi.

Mengulas mengenainya, Tun Dr. Mahathir percaya penduduk di Tanjung Piai lebih bijak menilai dan tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor BN dalam meraih undi.

Apa lagi, nombor calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini iaitu 4, dipapar dan ditularkan sebagai calon nombor 2.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir juga menepis dakwaan kempen PH bersifat perkauman seperti dimomokkan BN. Tun Dr. Mahathir bersarapan bersama NGO Parlimen Tanjung Piai di Pekan Nanas.