Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Kerjasama AKPK dengan pelbagai pihak mampu tingkat tahap literasi dan amalan kewangan baik

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kolaborasi antara Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan badan kerajaan, pihak swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) mampu meningkatkan tahap literasi dan amalan kewangan yang baik di kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin, dengan penglibatan semua pihak, kefahaman mengenai kewangan dapat diperkukuhkan seterusnya menjamin kesejahteraan kewangan lebih ramai rakyat di negara ini.

Setakat ini, AKPK telah menjalinkan kerjasama dengan enam buah universiti untuk menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai pengurusan kewangan.

Agensi tersebut turut bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dalam membangunkan modul pra-perkahwinan dalam talian bermula September lalu.

Daripada jumlah itu katanya, 300,000 individu telah menyertai Program Pengurusan Kredit bagi menstruktur semula pinjaman.

Dalam tempoh sama, 24,000 kes hutang dengan nilai melebihi RM1 bilion  telah berjaya diselesaikan 

Datuk Seri Dr. Wan Azizah berkata demikian dalam ucaptama Majlis Anugerah Kolaborasi AKPK 2018-2019 di ibu negara.