Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

PRK Tanjung Piai : Jabatan Penerangan Johor sediakan 8 unit hebahan bergerak

  • Published in Nasional

PONTIAN - Jabatan Penerangan Negeri Johor menyediakan lapan unit hebahan bergerak untuk membuat hebahan keluar mengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai bagi mengingat dan menggalakkan pemilih berdaftar keluar mengundi

Unit hebahan tersebut telah mula bergerak ke seluruh kawasan Parlimen Tanjung Piai selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Mohammed Iqbal Ibrahim berkata, unit itu juga akan digerakkan ke lokaliti dengan jumlah pengundi rendah pada hari mengundi selepas mendapat maklum balas Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR bagi menggalakkan lebih ramai pengundi keluar.

Setiap unit mempunyai dua hingga tiga petugas yang akan membuat hebahan di semua kawasan terlibat.