Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Pengajian di peringkat universiti perlu sejajar dengan keselamatan sejagat - Agong

  • Published in Nasional

PICC, PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam ucapannya bertitah, tumpuan pengajian di peringkat universiti khususnya UPNM perlu bergerak sejajar dengan perubahan dimensi keselamatan sejagat dan persekitaran strategik. 

Ia hendaklah dikembangkan selari dengan era revolusi perindustrian keempat terutamanya dalam aspek teknologi pertahanan.

Pada majlis sama, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Jeneral Tan Sri Yaacob Mohd Zin dalam bidang Pengajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa, manakala Jeneral Tan Sri Abdul Rahman Abdul Hamid menerima ijazah kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Sumber.