Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Kelantan sokong pelaksanaan PKPB

  • Published in Berita Semasa


KOTA BHARU, 3 Mei- 
Kelantan turut menyokong Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bagaimanapun berkata, garis panduan PKPB yang diumumkan Kerajaan Persekutuan perlu diperhalusi dan disesuaikan penggunaannya di negeri itu.

Jelasnya, kerajaan negeri perlu berhati-hati supaya keadaan zon hijau COVID-19 di Kelantan dikekalkan bagi menjamin kemaslahatan rakyat.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Datuk Ahmad menjelaskan, perkara berkenaan akan dibincangkan dengan lebih teliti di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas) Negeri Kelantan yang akan diadakan pada Khamis ini.

Katanya, jawatankuasa membuat sebarang keputusan, semua ketetapan yang dibuat sebelum ini masih terpakai dan perlu dipatuhi oleh semua pihak.