Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

COVID-19 : 18 hospital saringan di Sarawak, empat hospital dijadikan pusat rawatan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 30 April - Sarawak kini mempunyai 18 buah hospital saringan COVID-19 iaitu peningkatan sebanyak 72 peratus berbanding 5 buah hospital pada gelombang pertama virus berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat empat buah hospital yang telah dikenalpasti sebagai pusat rawatan COVID-19, iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu dengan jumlah 736 katil khas COVID-19.

Setakat ini empat buah makmal ujian pengesanan COVID-19 iaitu di HUS, Hospital Sibu, Hospital Miri dan Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan ujian yang dapat dijalankan di makmal berkenaan sebanyak 1,040 ujian sehari berbanding 898 sebelum ini.