Logo

Hikmah PKP: Pembaziran makanan bulan Ramadan dapat dikurangkan

PUTRAJAYA, 27 April - Isu pembaziran makanan yang sering berlaku setiap kali Ramadan dilihat dapat dikurangkan tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ini memandangkan ketiadaan bazar dan bufet Ramadan mampu mengawal pembaziran.

Jelasnya, apabila setiap keluarga memasak sendiri juadah berbuka ia idak akan menyebabkan makanan berlebihan.

Beliau ditemui selepas menerima sumbangan topeng hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman dan susu daripada syarikat Success Network International (SNI) bagi pihak Tabung Musa'adah Covid 19 JAKIM di Putrajaya.

Tabung berkenaan sehingga kini berjaya mengumpul sebanyak RM3.7 juta.

Sehingga kini RM1.6 juta ringgit telah dibelanjakan untuk membantu petugas barisan hadapan dan mereka yang terjejas sepanjang tempoh PKP.

Pada majlis ini juga, JAKIM turut menyerahkan peralatan perlindungan diri sumbangan usahawan Palestin, Abdul Faragh Abdul Shahfi kepada Hospital Putrajaya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.