Friday, December 13, 2019
updated 2:26 PM UTC, Dec 13, 2019

Studio permainan Digital Sony Interactive: Malaysia jadi lokasi pertama di rantau ini

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Sebuah studio bagi industri permainan digital akan di bangunkan di negara ini oleh Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios, SIE WWS.

Malah ia juga merupakan yang pertama di rantau ini.

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo perkara itu merupakan satu pengiktirafan buat Malaysia dan ia juga adalah selaras hasrat kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang dalam industri permainan tempatan.

Tambah Gobind, sepanjang setahun ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan sesi perbincangan dengan pihak SIE WWS bagi membangunkan industri permainan digital.

Hasilnya, pihak kementerian telah berjaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pemaju permainan digital di negara ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan 5th Level Up KL Biz 2019 di ibu negara.

Acara Level Up KL Biz 2019 menghimpunkan individu yang terlibat dalam permainan digital dalam mendedahkan usaha pembangunan industri berkenaan.

Turut hadir Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, MDEC, Surina Shukri.