Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Pembangunan infrastruktur komunikasi Perlu menyeluruh, berkualiti dengan harga yang munasabah

  • Published in Nasional

                                                                                                             Foto:  Fb Yb Gobind

PUTRAJAYA - Pembangunan infrastruktur komunikasi amat penting bagi memastikan maklumat berkaitan dasar kerajaan disampaikan kepada rakyat dengan berkesan.

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; tanpa infrastruktur yang menyeluruh selain harga yang tidak munasabah ia akan menyebabkan hasrat Malaysia menjadi negara digital tidak akan tercapai.

Gobind berucap sempena perhimpunan bulanan kementeriannya di Putrajaya.

Jelas Gobind, beliau bagaimanapun sangat berpuashati dengan prestasi kementerian sejak 18 bulan lalu terutama dalam memastikan harga jalur lebar diturunkan separuh dengan kelajuan berganda.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan semua warga KKMM untuk terus meletakkan keutamaan terhadap mesej perpaduan kepada rakyat