Wednesday, November 20, 2019
updated 12:35 PM UTC, Nov 20, 2019

'Negara Rahmah, Ummah Sejahtera', tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini mengajak umat Islam saling berpegang teguh mengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah dalam semangat perpaduan bersama

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - 'Negara Rahmah, Ummah Sejahtera', tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini mengajak umat Islam saling berpegang teguh mengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah dalam semangat perpaduan bersama.

Pada masa sama, menjadikan keperibadian unggul Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik membentuk ukhwah dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Rasullullah SAW diutuskan ke dunia ini sebagai pembawa rahmat yang memberi petunjuk kepada manusia sekalian alam untuk saling mengasihi saudara yang lain meskipun berlainan agama dan ideologi.

Peristiwa bersejarah Islam yang melakar erti perpaduan sebenar, direkodkan menerusi Piagam Madinah yang diasaskan Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun Pertama Hijrah.

Menerusinya ia kota Madinah menjadi saksi pusat perpaduan rakyat pelbagai bangsa dan agama dan Islam sebagai paksinya.

Mengambil contoh terbaik Rasullullah dalam mencorak peradaban hidup bermasyarakat dan menghidupkan semangat perpaduan dalam era yang penuh mencabar ini, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Ustaz Hashim Salleh menyeru umat Islam sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan menghormati perbezaan yang ada.

Sementara itu bagi pendakwah terkenal, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, umat islam hendaklah mencerna akhlak dan budi pekerti yang diajarkan nabi Muhammad SAW dalam memelihara perpaduan dengan orang bukan Islam.

Jelasnya bagi mengembalikan kegemilangan umat islam supaya dapat hidup dalam suasana yang bersatu padu adalah antaranya dengan meningkatkan kecintaan kepada nabi Muhammad SAW, menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan, sentiasa membaca kisah-kisah nabi serta berselawat keatas nabi Muhammad SAW..

Aktiviti perarakan sambil berselawat ke atas nabi muhammad saw yang akan diadakan sabtu ini diharapkan dapat menyegarkan ingatan dan kecintaan kepada rasulullah SAW termasuk kanak - kanak malah perarakan ini sekaligus dpt memupuk silaturrahim masyarakat dinegara ini selain bersama2 memperingati hari keputeraan nabi Muhammad SAW yang kita cintai.