Friday, December 13, 2019
updated 2:05 PM UTC, Dec 13, 2019

Operasi Redback ke -14 kerjasama Maritim Malaysia - ABF di perairan Kedah dan Perlis

  • Published in Nasional

LANGKAWI - Isu penyeludupan dan pemerdagangan manusia menjadi fokus utama Operasi REDBACK ke-14 antara Maritim Malaysia dan Australian Border Forces (ABF).

Operasi yang berlangsung sejak 28 Oktober lalu itu dilakukan di perairan Kedah dan Perlis bagi memerangi jenayah maritim.

Menurut Ketua Cawangan, Cawangan Penguatkuasaan dan Latihan Operasi, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata operasi dua negara itu juga dilakukan bagi berkongsi kepakara nmasing-masing dalam menjaga keselamatan sempadan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media penutup Operasi REDBACK kali ke-14 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri,Langkawi.

Turut hadir, Timbalan Komander OperasiSempadan Berdaulat, Australian Border Forces, Komander Tony Smith.

Menerusi operasi yang berakhir kelmarin itu sebanyak 215 pemeriksaan telah dilakukan.

 Daripada jumlah itu, 5 tangkapan secara berasingan dilakukan melibatkan pelbagai kesalahan yang membabitkan nelayan asing.

Antaranya kes penyalahgunaan dadah,tinggal lebih masa dan kesalahan bot melanggar syarat sah lesen.