Wednesday, November 20, 2019
updated 12:33 PM UTC, Nov 20, 2019

PDRM belum terima laporan dari mana-mana pihak berhubung gelaran "Republic Of Malaysia"

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima laporan tentang gelaran 'Republic of Malaysia' yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam sebuah pertandingan ratu cantik di Yangon, Myanmar.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, pihaknya belum menerima apa-apa laporan daripada mana-mana pihak berhubung kenyataan itu setakat ini.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial mengenai salah seorang peserta daripada dua peserta Malaysia yang menyertai pertandingan itu.

Wanita berusia 22 tahun itu memperkenalkan dirinya sebelum menyatakan dia mewakili ‘Republic of Malaysia’.

Peserta Malaysia yang kontroversi itu dilihat menggayakan persalinan tradisional potongan kebaya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil (JKOM 2019) yang dilancarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Universiti Malaya.

Selasa lalu, penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa Myanmar 2019 memohon maaf secara terbuka mengenai kejadian tersebut.