Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

Tempoh PKP,Ramadan peluang terbaik henti tabiat merokok

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 April- Individu yang dijangkiti Covid-19 berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi serius disebabkan oleh tabiat mereka yang merokok

Justeru golongan itu terutama beragama Islam boleh mengambil peluang berhenti merokok sempena Ramadan dan pada masa yang sama ketika tempoh PKP.

Menurut Pegawai Farmasi, Pejabat Kesihatan Daerah Klang,Mohd Dzihan Mustapa, bulan puasa kali ini disifatkan sebagai waktu sesuai untuk perokok berhenti merokok.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersiaran secara langsung di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Mohd Dzhihan turut menasihatkan perokok agar membebaskan diri dari pengambilan segala bentuk nikotin yang bukan sahaja ada pada rokok malah dengan penggunaan vape yang semakin menjadi trend semasa kini.