Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Malaysia tidak campur tangan hal ehwal dalaman negara lain

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tetap dengan prinsip tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain selaras prinsip negara anggota ASEAN.

Mengulas mengenai penahanan Naib Presiden Cambodia National Rescue Party (CNRP), Mu Sochua, beliau berkata Malaysia tidak mahu bertentangan dengan kerajaan negara lain kerana ia bukan urusan negara ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan Sochua ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau turut mengakui ada menerima permintaan kerajaan Kemboja untuk menghantar pulang wanita berkenaan yang juga pemimpin parti pembangkang yang diharamkan di negara itu.