Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Kerajaan PH satu gabungan penuhi mandat rakyat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Pakatan Harapan akan tetap bersama sebagai satu gabungan dengan terus berusaha memenuhi mandat rakyat.

Katanya, walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam kalangan mereka, ia berjaya diselesaikan secara konsensus dan tiada masalah berlaku.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, Tun Dr Mahathir berkata secara umumnya semua jentera kerajaan berfungsi dengan baik dan dapat melaksanakan segala program yang dirancang untuk rakyat sejak mengambil alih kerajaan baharu.

Tambah Tun Dr Mahathir, setiap pihak dalam gabungan kerajaan akan tetap bersama dan setia walaupun mereka mewakili lima parti yang berbeza.

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir berkata pelbagai program yang memberi impak kepada rakyat telah dilaksana kerajaan.

Ia termasuk pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 juga turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan rakyat.