Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Anugerah AFC "Diamond of Asia'', sumbangan YDP Agong 3 dekad bangunkan bola sepak Asia

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - 3 dekad membangunkan bola sepak Asia, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dianugerahkan AFC Diamond of Asia daripada Persekutuan Bola sepak Asia AFC.

Baginda adalah penerima ke-15 selepas almarhum ayahanda baginda Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Mu’adzam Shah diangerah pada 2011.

Anugerah tertinggi AFC itu disampaikan kepada baginda oleh Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa di Istana Negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AFC, baginda turut mendedikasikan penghargaan kepada almarhum ayahanda baginda yang menjadi sumber inspirasi kepada kejayaan baginda.

Baginda yakin AFC akan terus menyebarkan kegembiraan permainan, menyatu dan mempelbagaikan komuniti serta membina asas kukuh untuk meneruskan kejayaan yang lebih besar.