Logo

550 individu ditahan ingkar PKP semalam

PUTRAJAYA, 24 April - Seramai 550 individu ditahan kerana ingkar PKP semalam. Daripada jumlah itu, 480 individu direman, manakala 70 individu dibebaskan dengan jaminan polis.

Jumlah tangkapan menunjukkan penurunan, berbanding 763 tangkapan pada hari sebelumnya.

Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 19,048 individu.

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, telah membuka sebanyak 238 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19.

Daripada jumlah itu, sebanyak 170 masih dalam siasatan,manakala 24 kes telah didakwa di mahkamah, 13 telah mengaku salah dan 11 lagi diberikan notis amaran.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.