Logo

Banjir kilat: 25 buah rumah terjejas dinaiki air


GEORGE TOWN, 24 April - Sebanyak 25 buah rumah terjejas dan dinaiki air dalam kejadian hujan lebat lebih sejam di empat kawasan sekitar George Town, petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Fadzil Mohamad, mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang berhubung banjir di beberapa lokasi di George Town.

Ketika tiba di lokasi kejadian, air melimpah atas jalan raya sehingga memasuki rumah penduduk antara 0.1 meter hingga 0.3 meter.

Bagaimanapun, keadaan masih terkawal.

Biarpun tiada pemindahan penduduk, pihaknya akan terus membuat pemantauan di lokasi berkenaan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.