Logo

KKM pantau kestabilan emosi petugas kesihatan

KUALA KANGSAR, 18 April - Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa memantau tahap kestabilan emosi para petugasnya sepanjang pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, perkara tersebut merupakan fokus utama dalam setiap lawatan kerja di hospital-hospital di seluruh negara.

"Kita akan menilai tahap kesihatan mereka bagi melihat ada atau tidak tekanan, depresi dan sebagainya."

"Bagaimanapun setakat ini tahap kestabilan mental para petugas kesihatan berada dalam keadaan baik."

Beliau ditemui ketika membuat lawatan kerja di Hospital Kuala Kangsar.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.