Logo

Kemasukan pelajar ke IPTA sesi 2020/2021 diteruskan seperti biasa

PUTRAJAYA, 16 April - Proses kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), bagi sesi akademik 2020/2021 akan diteruskan seperti biasa.

Perkara itu dijelaskan melalui satu kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi hari ini.

Ketika ini, permohonan masih dibuka sehingga 17 April ini melalui sistem "UPUOnline".

Penawaran kemasukan IPTA dijangka akan dibuat pada 3 Jun untuk calon lulusan SPM dan pada 18 Ogos bagi calon lulusan STPM atau Setaraf.

IPTA dijangka akan menerima kemasukan pelajar baharu tahun ini ke program Asasi, Matrikulasi dan Diploma pada bulan Julai dan Ogos.

Manakala bagi Program Sarjana Muda pada bulan Oktober tahun ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.