Logo

KKM mohon tempoh 3 minggu sebelum beri saranan kepada KPT berhubung kebenaran pulang pelajar ke kampung

PUTRAJAYA, 11 April - KKM meminta tempoh seminggu dalam Tahap ketiga PKP, sebelum memberikan sebarang pandangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung kebenaran pulang pelajar kampus ke kampung.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tahap ketiga PKP yang bermula 15 April hingga 28 April ini, cukup penting dalam memastikan pengurangan kes jangkitan baharu COVID-19.

Jelas Beliau, KKM perlu melihat data terkini dalam tempoh seminggu itu sebelum boleh memberikan nasihat kepada KPT.

Setakat ini, lebih 80,000 pelajar IPTA dan IPTS menetap di kampus dan kolej sepanjang PKP dilaksanakan.

Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk mereka yang tinggal di rumah sewa.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.