Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Lepaskan jawatan jika mempunyai agenda dan cita-cita politik sehingga menyalahgunakan masjid - Sultan Nazrin

  • Published in Nasional

IPOH - Lepaskan jawatan jika mempunyai agenda dan cita-cita politik sehingga menyalahgunakan masjid.

Itu titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kepada ahli jawatankuasa kariah masjid atau penceramah yang diberikan tauliah.

Baginda bertitah, amatlah janggal jika ada yang menyalah guna amanah itu dengan menyelitkan dalam ceramah mereka unsur-unsur yang mencerca, menyindir dan merendahkan petugas Jabatan Agama dan Polis Diraja Malaysia.

Baginda menyifatkan pelakuan seumpama itu ibarat 'gunting dalam lipatan'

Sultan Nazrin merasmikan Persidangan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid negeri Perak di Ipoh.

Baginda juga bertitah musuh utama yang berpotensi besar mencemari masjid dan memecah belah ummah ialah kegiatan politik berpuak secara keterlaluan.