Monday, 16 May 2022

Sambutan Hari RTM ke-74 diadakan, ringkas dan sederhana

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 1 April - Walaupun berdepan penularan pandemik COVID-19, sambutan Hari RTM ke-74 tetap diadakan, secara ringkas dan sederhana.

Ketua Pengarah Penyiaran, Nor Yahati Awang berkata, selain meraikan pembangunan industri, sambutan tahunan itu juga menjadi motivasi buat warga RTM dalam memberikan liputan terbaik kepada rakyat.

Nor Yahati menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Jelasnya, tema "Penghubung Generasi" bagi sambutan kali ini bertepatan dengan peranan RTM sebagai saluran maklumat terkini merentasi pelbagai generasi, industri dan lapisan masyarakat.

Sebagai barisan hadapan, beliau berharap, warga stesen penyiar nasional ini kekal komited dan sentiasa bersedia menyampaikan maklumat yang tepat serta sahih walaupun berdepan saat sukar ketika ini.