Wednesday, May 27, 2020

updated 9:43 AM UTC, May 27, 2020

Rakyat Malaysia pulang dari luar negara akan dikuarintin 14 hari

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 31 Mac - Bermula Jumaat ini, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan dikuarantin selama 14 hari di satu tempat khas disediakan kerajaan.

Menteri Kanan ( Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka akan dibawa terus ke pusat kuarantin itu menggunakan bas khas sebaik tiba di lapangan terbang.

Datuk Seri Ismail Sabri bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi Menyeleras Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai termasuk ahli keluarga supaya tidak datang ke lapangan terbang untuk menyambut ketibaan mereka.

100 bas ditaja sebuah kerajaan negeri bagi melancarkan proses berkenaan sedang dalam perbincangan.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihati rakyat Malaysia termasuk pelajar yang berada di luar negara supaya terus tinggal di kawasan masing-masing.