Wednesday, May 27, 2020

updated 8:43 AM UTC, May 27, 2020

Terengganu guna sistem nombor kenderaan kawal PKP

  • Published in Nasional


KUALA TERENGGANU, 31 Mac
- Sistem penggiliran kenderaan di jalan raya berdasarkan nombor pendaftaran akan dilaksanakan di Terengganu bermula esok.

Tindakan itu bertujuan memperketatkan penguatkuasaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Cheek, penentuan hari berada di jalan raya itu ditetapkan berdasarkan angka terakhir nombor pendaftaran.

Ia dilakukan secara bergilir bermula dengan kenderaan bernombor "GANJIL" sahaja dibenar keluar esok.

Ia diikuti kenderaan bernombor genap hari berikutnya.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kenderaan yang menjalankan perkhidmatan penting dan pekerja yang membawa surat pengesahan majikan.