Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

Harga topeng muka ditetapkan RM1.50 mulai 1 April 2020

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mac - Datuk Seri Ismail Sabri turut memaklumkan, harga siling topeng muka ditetapkan pada kadar RM1.50 mulai 1 April.

Keputusan kerajaan menurunkan harga silingnya kerana mendapati, harga RM2 yang ditetapkan sebelum ini terlalu tinggi.

Realitinya, tidak banyak topeng muka yang dikeluarkan syarikat dalam negara.

Memandangkan kebanyakan produk yang dijual di negara ini diimport, negara terikat dengan harga import.