Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

Operasi dadah bertukar penemuan 2 bom tangan dan 689 peluru di sebuah apartment - POLIS

  • Published in Nasional

GEORGE TOWN - Operasi dadah di George Town, Pulau Pinang malam tadi membawa kepada penemuan sejumlah bom dan ratusan peluru yang disorok di sebuah apartment.

Pemilik sebenar bahan berbahaya itu sedang dikesan.

Operasi di Taman Sinar Bukit Dumbar, Georgetown dilakukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pulau Pinang.

Ia bertujuan menumpaskan sindiket pengedaran dadah susulan penahanan seorang suspek.

Dua butir bom tangan ditemui kira-kira pukul 7.30 malam.

689 butir peluru pelbagai jenis pula dijumpai dalam stor pili bomba apartment terbabit kira-kira tiga jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Narkotik negeri, ACP Maidu Abu Bakar mengesahkan kejadian.

Polis masih menyiasat pemilik kesemua bom dan peluru berkenaan, selain tujuan ia disimpan di situ.

Beberapa penduduk turut diambil keterangan.