Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

Hilang pendengaran akibat bunyi bising antara penyakit pekerjaan paling tinggi - JKKP

  • Published in Nasional

ALOR SETAR - Hilang pendengaran disebabkan bunyi bising di tempat kerja antara pelaporan penyakit pekerjaan paling tinggi dikesan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) selepas penyakit otot, tulang dan kulit.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, tahun lepas sebanyak 85 peratus daripada 7,258 kes berpunca daripada bunyi bising di tempat kerja.

Tambahnya sehingga September lalu, sebanyak 265 kes pendakwaan dilaporkan di seluruh negara, melibatkan nilai denda sebanyak RM1.35 juta.

Bagi memastikan setiap kes dilaporkan, Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan agar pengamal perubatan mengambil tanggungjawab untuk membuat laporan jika berdepan kes penyakit berkaitan pekerjaan.

Ia kerana masih ramai pengamal perubatan kurang peka tentang kewajipan mereka melaporkan kes dialami selaras peruntukan ditetapkan.

Terdahulu, merasmikan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Zon Utara 2019 di Alor Setar.