Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

Pengangkutan kereta api di Wuhan beroperai semula

  • Published in Berita Dunia

 

WUHAN, 30 Mac - Perkhidmatan kereta api bawah tanah dan jarak jauh di Wuhan kini dibuka semula selepas China mengakhiri Perintah Berkurung selama 2 bulan.

Bandar di Wilayah Hubei itu sebelum ini menjadi pusat kepada pandemik yang menular sejak Disember lalu.

Dengan populasi 11 juta penduduk, Wuhan berhasil menurunkan kadar penilaian risiko virus dari tinggi kepada sederhana.

Pengguna keretapi Six Metro Lines diarah untuk mengimbas kod QR kesihatan mereka untuk menilai suhu badan sebelum menggunakan perkhidmatan itu.

Menurut laporan CCTV, penumpang juga diminta untuk duduk selang dua kerusi di antara mereka.

Sehingga kini, China telah merekodkan 3,300 kematian dengan lebih 75 ribu kes telah berjaya dipulihkan.