Tuesday, November 19, 2019
updated 5:17 AM UTC, Nov 19, 2019

Penjawat awam Kedah terima Bantuan Khas Kewangan RM750

  • Published in Nasional

ALOR SETAR - Semua pegawai, kakitangan dan anggota pentadbiran negeri Kedah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM750.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz berkata, kerajaan negeri amat memahami sumbangan dan jasa kira-kira 6,000 kakitangan awam termasuk berstatus kontrak yang melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

Ketika membentangkan belanjawan Kedah 2020 Datuk Seri Mukhriz turut mengumumkan peruntukkan mengurus dan pembangunan dalam bentuk pemberian dan projek dalam memperkukuhkan sistem penyampaian dan tadbir urus.

Sebayak RM1.6 juta diperuntukkan untuk setiap exco kerajaan negeri, RM200,000 untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Kerajaan, RM150,000 untuk setiap penyelaras DUN dan RM70,000 untuk setiap ADUN pembangkang.