Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

Kedah bentang Belanjawan Negeri 2020 berjumlah RM1.097 billion

  • Published in Nasional

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir membentangkan Belanjawan Negeri 2020 dengan anggaran keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM1.097 billion.

Ia merangkumi perbelanjaan mengurus, pembangunan negeri dan pembangunan bekalan air.  

Bertemakan"Bajet Berhemah, Bina Kemakmuran Bersama", Belanjawan Kedah 2020 menganggarkan defisit berjumlah RM57.5 juta atau 8.20 peratus.

Menurut Datuk Seri Mukhriz, belanjawan tersebut akan memberi tumpuan terhadap enam fokus utama iaitu merancakkan ekonomi, pendidikan dan pembangunan insan sepadan keperluan pasaran dan membina kemakmuran rakyat.

Selain itu, melestarikan alam sekitar, mengimbangi pembangunan sosial dan tadbir urusyang berintergriti.

Ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2020 di Dewan Undangan Negeri, DUN Kedah, Datuk Seri Mukhriz berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM42.8 juta melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah bagi mengukuhkan jaringan perhubungan jalan raya yang akan menyokong pembangunan negeri.

Selain itu, sejumlah RM5 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja menaiktaraf jalan-jalan negeri termasuk melebar dan memperbaharui muka jalan, menaiktaraf pembentung dan sistem perparitan tepi jalan.

Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM10.98 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah bagi pembangunan kemudahan pengairan dan saliran.

Sektor pertanian juga diberi penekanan dengan peruntukkan sebanyak RM5.88 juta kepada Jabatan Pertanian bagi memberi fokus pembangunan pertanian kepadatanaman mengikut kluster.

Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM61.7 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Ismail Kedah untuk melaksanakan pelbagai program.

Ia termasuk pembangunan prasarana masjid dan surau serta program dakwah.