Logo

Tempat awam sekitar Perak disanitasi

 

IPOH, 30 Mac - Beberapa tempat awam di sekitar Perak telah disanitasikan.

Proses itu dilaksana oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri.

Antara kawasan yang telibat ialah Stesen Kereta Api Ipoh, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah dan Platfrom Stesen Bas Sri Maju di Ipoh.

Menurut laporan JBPM Perak, seramai 15 anggota Pasukan Khas Azmat ditugas menjalankan kerja-kerja sanitasi awam itu.

Teknik disinfektan digunakan dengan semburan pada permukaan yang dikhuatiri boleh menyebabkan penyebaran wabak COVID 19 melalui sentuhan objek.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.